PNS peruntuk RM300j lahir 1,000 francaisi
17 Mar 2008 • Kategori: Petikan AkhbarPerbadanan Nasional Bhd. (PNS) memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi melahirkan 1,000 peserta francais dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pengerusinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut melibatkan pembukaan perniagaan francais berskala kecil dengan modal awal serendah RM23,000, serta pengembangan perniagaan francais berskala dan bermodal besar keluaran tempatan.
“Dengan peruntukan sebesar itu, PNS mula menawarkan skim francais kecil seperti ‘Otai Burger’ kepada golongan belia dan beliawanis, yang minat untuk menjalankan perniagaan di kawasan kampung dengan pinjaman sehingga 90 peratus.
“PNS juga membangunkan perniagaan francais berskala besar seperti Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. dan Nineteen 0 One Sdn. Bhd. (1901) bagi mengukuhkan kedudukan di pasaran tempatan dan luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Ismail berkata, sejak menggiatkan promosi industri francais di negara ini pada tahun 2004, PNS telah berjaya mewujudkan sejumlah 153 francaisi dan tujuh francaisor tempatan yang memulakan operasi sebagai pemilik skim.
Industri francais yang mula bertapak di negara ini sekitar tahun 1940-an terus berkembang dengan kemunculan banyak produk tempatan seperti Marrybrown (1981), EON (1986), Smart Reader (1989) dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (1994).
Ismail berkata, selain pinjaman kewangan, pihaknya turut menyediakan bantuan seperti khidmat nasihat dan pemantauan berterusan agar peserta skim francais mampu bertahan dan meningkatkan daya saing dari semasa ke semasa.
Tambahnya, PNS juga membantu banyak syarikat tempatan yang mempunyai produk menarik dan menepati kehendak pasaran untuk diketengahkan kepada masyarakat menerusi program francais.
Katanya, bagi menyemarakkan perniagaan francais, PNS merancang mengadakan usahasama dengan syarikat serta firma milik kerajaan bagi melahirkan lebih banyak perniagaan francais pada masa depan.
Mengenai penyertaan kecil dalam industri itu di kalangan usahawan tempatan, beliau berkata, ia berlaku kerana banyak faktor termasuk modal awal yang besar dan sikap pasif pemilik perniagaan dan usahawan terhadap skop perniagaan francais.
Oleh: AMRAN AHMAD
Sumber: Utusan
Saya memang berminat dalam bidang perniagaan francais ini saperti ipoh kopitiam tetapi saya tiada modal untuk memulakan perniagaan dan tiada kewangan untuk menyewa tempat untuk berniaga. Sila beritahu bagaimana saya boleh memulakan perniagaan saya.
Assalammualaikum….
Tuan,
Terus terang saya katakan yang saya berminat dalam bidang perniagaan dan memerlukan pengetahuan tentang selok belok perniagaan. Alangkah bagusnya kalau PNS ini ada memganjurkan kursus asas perniagaan sebelum hendak mencebur diri dalam bidang perniagaan.
Disamping itu juga saya tidak mempunyai modal bagi memulatan perniagaan tetapi berminat sangat untuk berniaga.
Harap pihak PNS dapat membantu menyelesaikan persoalan dan masalah saya ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
-YAN NIZAM-
Wasalam..
assalamualaikum….
saya juga berminat utk menceburi bidang perniagaan francais ini tetapi tidak tahu cara2 dan syarat2 utk saya menceburi bidang ini…..serta apakah bidang2 peniagaan francais di malaysia ini….
dan potensinya. saya berharap respon saya ini mendapat respon dari pihak tuan.
sekian terima kasih….
Asalamualaikum…….
saya amat2 meminati dunia perniagaan,tambahn pula dgn kegawatan ekonomi sye perlu mncari alternatif supaya sye mmpunyai sumber kewangan yg lain.jadi kepada pihak PNS, sye amat berbesar hati sekiranye PNS dapt memberi tunjuk ajar bagaimana memulakn sesebuah perniagaan francais ini..terima kasih
Saya seorang pesara tentera yang sudah 5 tahun tidak bekerja walaupun usia masih muda . untuk pengetahuan tuan saya ada sedikit modal diperolehi dari gratuity. Saya rasa berminat untuk menceburi bidang francais seperti dimaksudkan oleh pihak tuan. untuk pengetahuan pihak tuan saya langsung tiada pengalaman dalam bidang perniagaan. apakah kriteria yang perlu ada pada saya untuk menceburi bidang ini. sekiranya menepati kriteria apakah program-progaram yang perlu dijalani oleh peserta-peserta. Bagaimana dengan pemilihan lokasi, pinjaman dan sebagainya. adakah pihak tuan akan memberi tunjuk-ajar dan memberi gambaran tentang pejalanan francais tsbt. amatlah berbesar hati bagi saya jika pihak tuan dapat membantu.
Saya seorang eksekutif di syarikat swasta yang berminat untuk bekerja sendiri. Saya merasakan skim franschise amat berguna untuk individu seperti saya yang tiada pengalaman dalam bidang perniagaan. Masalah saya, saya tidak mempunyai idea produk/barang/perniagaan yang ingin di ceburi. Bagaiman kah cara nyer PNS dapat membantu saya dengan isu ini?
Saya berpengalaman dalam bidang pertanian dah telah bekerja lebih 10 tahun. Saya berminat untuk memulakan perniagaan sendiri. Bagaimana PNS boleh membantu.
Saya amat berminat dunia perniagaan tapi saya tidak ada modal dan tapak untuk berniaga, malah saya tidak ada pengalaman. Bagaimana PNS boleh membantu.
Salam. Saya ingin tahu, dengan modal RM2000 apakah yang boleh saya usahakan. Harap dapat bantu. Terima kasih.
Bagaimana cara nak mulakan perniagaan francais ni.?? saya sekarang ni mengusahakan pemasaran cenderamata korporat dan promosi. Ada tak francaisor dalam bidang ni..??
www.excellentrich.com boleh komen apa yg patut. TQ
Salam, saya amat berminat dalam selok belok perniagaan francais, tetapi saya tiada modal.
Boleh terangkan bagaimana saya boleh memulakan perniagaan, mendapatkan modal, dan sebagainya
SALAM….bagaimana untuk memperkembangkan catering saya?bagaimana cara untuk buka franchise catering diluar negara atau dalam .
salam…
saya berminat dalam perniagaan…saya xberapa pasti apa sebenarnya konsep pns nie…
if saya hendak buka secret recepi di tpat saya apa yg d perlukan? dan apa yang patut saya lakukan untuk membuka secret recepi cafe? dan bagaimana dgn lesen perniagaan?
saya brminat utk memulakan perniagaan farncais ini..tp mcmane dn brape modal yg diperlukan.
Ada sesiapa yang berminat untuk berniaga makanan segera seperti AYAM PANGGANG, CHICKENCHOP, BURGER, AYAM GORENG DLL, Rasa dulu baru tahu,lebih sedap lagi dari yang ada,
Boleh hubungi saya, email;c_roasted@yahoo.com
assalamualaikum,
kepada pns saya ingin membuka peniaga an fraincais tetapi tak tahu caranya
sya merupakan graduan diplo in culinary dan berpengakaman 3 tahun dalam hotel.saya pernah berniaga dimana saya mengusahakan satu perniagaan berkonsep iaitu makanan barat.saya pernah memempunyai 3 cawangan.dan sekarang saya ingin tahu apa yg pns boleh bantu dlm perniagaan saya ini.sekian terimakasih
ajib:0172694414
saya seorang tentera yang baru tamat perkhidmatan dalam 15 tahun.saya amat minat untuk berniaga dsalam bidang fraincais..tapi tak tahu francias yang mcm mana yang saya perlukan
.harap dapat beri pandangan serta bimbingan pada saya
Salam, kepada sesiapa ingin maklumat lanjut tentang pns dan kertas kerja bagi memulakan perniagaan bolehlah hubungi saya di raza74@hotmail.com . untuk makluman semua PNS ada menyediakan peruntukan sebanyak 90% dari harga francias dan 10% diperlukan oleh peserta untuk memulakan perniagaan.TK.
ASALAMUALAIKUM..TUAN..SAYA TELAH PUN MEPUNYAI PENIAGAAN BURGER..SETAKAT INI SAYA SUDAH MEMPUNYAI 2 CAWANGAN DI KAWASAN SAYA DI KUALA NERANG..SAYA BERCADANG INGIN MEMPERLUASKAN PERNIAGAAN SAYA..MATLAMAT SAYA UNTUK MEMBUKA FRANCAIS DALAM PERNIAGAAN BURGER SAYA.SAYA INGIN MENGETAHUI BAGAIMANAKAH CARA YANG TERBAIK UNTUK SAYA MELIBATKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DAN APAKAH CADANGAN TUAN UNTUK SAYA TERUS MAJU DALAM PERNIAGAAN BURGER INI.HARAP TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA..