PNS lancarkan usahawan francais BBQ Chiken
25 Feb 2008 • Kategori: Petikan AkhbarPERBADANAN Nasional Bhd (PNS) menjalin kerjasama dengan Genesis BBQ (Asia Pacific) Pte Ltd, iaitu pengendali restoran makanan segera BBQ Chicken, bagi melahirkan lebih ramai usahawan francais di bawah Program Pembangunan Usahawan Bumiputera.
Menerusi kerjasama itu, PNS akan melahirkan francaisi Bumiputera bagi menguruskan cawangan baru restoran berkenaan yang akan dibuka di negara ini sepanjang tahun ini.
Pengarah Urusannya, Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, berkata pihaknya dan Genesis BBQ sudah memilih 18 bakal usahawan Bumiputera untuk menjadi kumpulan pertama yang akan menjalani latihan intensif, pembangunan sistem dan lawatan ke pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Chicken University of Genesis Co Ltd, Korea.
Menurutnya, kumpulan pertama itu adalah mereka yang pernah menyertai Program Francais Siswazah (PFS) dan Program Francais Wanita (PFW) selama enam bulan yang dianjurkan PNS.
“Kedua-dua program dijalankan sebagai persiapan untuk mereka menjalani latihan mengikut sistem yang ditetapkan francaisor Korea itu mulai 25 Februari hingga 2 Mac depan.
“Bagi kumpulan pertama ini, kami mula melakukan pemilihan pada Taklimat Program Usahawan BBQ Chicken pada 17 Disember lalu dan 18 yang terbaik ini dipilih daripada lebih 100 yang hadir hari itu,” katanya pada taklimat mengenai penghantaran kumpulan pertama kerjasama itu ke Korea di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Operasi PNS, Hassan Abdul Rahman, Pengerusi Genesis BBQ (Asia Pacific) Pte Ltd, Park Ki Chooi dan Ketua Pegawai Eksekutif Genesis BBQ (Malaysia) Sdn Bhd, Goh Swee Keong.
ada no BBQ LAND KUANG sg buloh?
assalamualaikum…
bagaimana untuk menjadi usahawan francais bbq chicken.