myIceBlenz
20 Feb 2008 • Kategori: ArtikelSistem perniagaan berkonsep networking sudah tidak asing lagi di dalam dunia perniagaan dewasa ini. Selaras dengan perkembangan globalisasi ke arah menuju kecemerlangan pembangunan sektor perniagaan, kami memperkenalkan sistem perniagaan Konsep networker myiceblenz bagi membolehkan bakal-bakal usahawan atau sesiapa berminat memulakan dan menjalankan perniagaan Ice Blended ini.

Konsep networker myiceblenz ini amat senang dijalankan, malah mudah mendapat pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat seperti kanak-kanak, remaja atau dewasa sekalipun asalkan kita pandai memilih lokasi.
KONSEP NETWORKER MYICEBLENZ = BUY [BELI] n BUSINESS [BISNES]
Ringkasnya, perniagaan ini hanyalah dengan mengisar ais menggunakan blender micro cutter bersama dengan sedikit air dan produk-produk [tidak perlu tambah gula] keluaran kami seperti :
- myCHOCOLATE [Top Selling]
- myCAPPUCCINO
- myMOCHA
- myLATTE
- myVANILLA
- mySTRAWBERRY fruity
- myMANGO fruity
- myKIWI fruity
- myVANIBERRY
- myBLUE ICEZ
- myGREEN HONEY
Kemudiannya diisi kedalam gelas plastik, dihiasi dengan whipped cream untuk kelihatan menarik dan rasa enak berkrim, sedia untuk diminum atau dibawa pulang oleh pelanggan.
VISI DAN MISI
- Untuk membuka peluang penyertaan masyarakat di dalam dunia perniagaan Ice Blended berkonsep networker myiceblenz [Beli dan Bisnes].
- Untuk mewujudkan peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda, graduan atau sesiapa juga yang berminat dalam bidang keusahawanan..
- Untuk menghasilkan pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup serta sumber ekonomi keluarga.
- Untuk membuka minat masyarakat khususnya generasi muda, bidang perniagaan sebagai kerjaya yang mempunyai potensi masa depan yang menjaminkan.
- Untuk melahirkan generasi usahawan Bumiputra yang berdaya saing serta mampu mengadaptasikan arus globalisasi perniagaan terkini.
MODUS OPERASI
Perniagaan ini boleh dijalankan oleh :: Anda sendiri yang memohon atau Mengupah pekerja. Anda juga boleh membuka seberapa banyak networker stall [tiada had] berorientasikan modus operasi berikut ::
Mobile Business [Outdoor Biz] | perniagaan bergerak [menggunakan kereta atau van] di lokasi-lokasi seperti sekolah, pasar minggu, pasar pagi, pasar malam, pasar tani, pesta konvo, majlis-majlis, Fun Fair, karnival [Jom Heboh], acara sukan, dan sewaktunya.
Permanent Business [Indoor Biz] | statik dilokasi-lokasi atau premis-premis tertentu seperti di restoran, cafe, minimarket, pasaraya, perhentian bas | texi | airport | railway station, tempat rehat lebuhraya dan seumpamanya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari website myiceblenz.
Satu peluang perniagaan yang baik. Pakej yang disediakan juga memberi peluang dan ruang untuk yang mempunyai budget yang rendah atau besar (tak besar mana pun). Sila lawati web myiceblenz untuk maklumat lanjut.
Saya secara peribadi melihat trend perniagaan ini sedikit jatuh, tapi masih boleh mendatangkan keuntungan jika lokasi yang dipilih adalah bersesuaian. Jangan takut mencuba wahai geng usahawan sekelian.