Jejak Usahawan (dot) Com

E-Majalah Usahawan | Direktori Usahawan Malaysia

My Haiz unjur jualan RM10 juta

17 Mar 2008 • Kategori: Petikan Akhbar

My Haiz Sdn. Bhd. (My Haiz), pembuat dan pengedar biskut buatan tempatan, mengunjur untuk mencapai jualan sebanyak RM10 juta setahun selepas produk syarikat itu memasuki pasaran China, Filipina, Hong Kong dan Jepun selewat-lewatnya tahun depan.Pemilik dan Pengarah My Haiz, Fauziah Mohamed Yah berkata, syarikat yang sudah kukuh di pasaran tempatan itu turut meneroka pasaran ASEAN seperti di Indonesia, Thailand dan Singapura selain memasuki pasaran Asia Barat iaitu Emeriah Arab Bersatu, Maghribi dan Arab Saudi serta negara-negara Eropah.

Menurut beliau, walaupun permintaan terhadap biskut D’Haiz semakin meningkat namun ia sukar dipenuhi buat masa ini kerana kapasiti pengeluaran kilangnya sudah mencapai tahap maksimum.

”Kilang sedia ada hanya mampu mengeluarkan kira-kira 10,000 kotak biskut sebulan sahaja.

”Jadi untuk meningkatkan pengeluaran sedia ada, kami tiada pilihan lain kecuali mempunyai kilang yang lebih besar,” katanya dalam satu pertemuan di sini baru-baru ini.

Fauziah berkata, daripada pengeluaran yang dihasilkan, satu perempat kotak adalah untuk pasaran tempatan dan bakinya untuk dieksport.

Katanya, D’Haiz memasarkan enam jenis biskut untuk pasaran antarabangsa antaranya biskut suji, kacang, susu, emping jagung, cip coklat dan coklat badam serta lebih 10 biskut untuk pasaran tempatan terutama pada musim-musim perayaan.

Beliau berkata, biskut suji adalah biskut terlaris di Carrefour Paris dan Tesco London.

Di pasaran tempatan, biskut D’Haiz dijual di hampir semua pasar raya dan pasar raya besar manakala pasaran luar, jenama ini boleh didapati di pasar raya besar sahaja.

Mengulas mengenai kejayaannya meneroka pasaran antarabangsa, Fauziah berkata, beliau aktif mengikut misi pelaburan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Perbadanan Kemajuan Luar Malaysia, Majlis Amanah Rakyat serta Kementerian Perdagangan Dalam Negara Dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan itu banyak membantu produk D’Haiz berada di tahap sekarang melalui sesi padanan perniagaan ketika misi-misi pelaburan itu diadakan.

Tambahnya, sungguhpun pengeluaran D’Haiz masih lagi kecil namun syarikat tersebut masih mampu mencapai jualan lebih RM4 juta setahun.

Ditanya mengenai pembabitan awal dalam bidang perniagaan itu, usahawan wanita itu berkata, beliau sebelum ini membuat biskut untuk syarikat lain termasuk syarikat jualan langsung.

”Setiap tahun permintaan untuk biskut saya semakin bertambah dan menyedari betapa untungnya syarikat-syarikat yang memasarkan biskut menyebabkan saya mula terfikir untuk terlibat secara aktif dalam perniagaan itu.

”Semua wanita yang mempunyai bakat membuat biskut mampu menjadi usahawan asalkan tahu cara terbaik untuk memasarkan produk mereka,” ujar beliau.

Sumber: Utusan

3 Respon »

  1. Assalammulaikum

    Saya Rozita, dari itas delight.. boleh beri nasihat bagaimana untuk menjadi usahawan
    dan pengeluar biskut yang hebat.

    Tkasih.
    Rozita

  2. salam, kak fauziah…
    Saya berminat utk menjlnkan bisnes kek cawan tapi adakah ia menguntungkan?beleh beri sedikit nasihat?

  3. assalamuaiaikum & salam sejahtera,

    berniaga..ada minat tetapi takut mengalami kerugian.Tidak tahu hala tuju yang lebih jauh.

    Saya merupakan seorang tukang masak di salah satu hotel di kuala lumpur.
    berminat untuk berniaga..satu hari nanti.

    Bagaimanakah caranya untuk menyertai program ini,tidakkah ianya menganggu kerja seharian saya?

    Terima kasih,
    Nasri

Tinggalkan Respon