Jejak Usahawan (dot) Com

Kad Kahwin Pino Design
http://kadkahwin-pino.blogspot.com

•• Kami adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM di bawah nama PINO DESIGN Enterprise walaupun kami hanya menjalankan perniagaan secara online. Kami telah bertapak di Lembah Klang selama 2 tahun di dalam bidang percetakan khususnya kad kahwin.

•• Kami menyediakan galeri online kad kahwin yang mudah dilayari, pesanan online mudah & murah. Kami juga mengekalkan kadar lama walaupun harga kertas naik beberapa kali berikutan kenaikan harga minyak, kami tidak berhenti ‘memberi’ hanya yang terbaik.

•• Kepada pasangan pengantin yang telah berurusan dengan kami, TERIMA KASIH kerana memberi kepercayaan untuk kami meneruskan perniagaan kad kahwin kami. SELAMAT PENGANTIN BARU.

•• Kepada semua bakal pasangan raja & ratu sehari - Team Kad Kahwin Pino Design mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” Jangan lupa terus mendekatiku di sini menerusi laman web blog.

Kenapa Pilih Kami?

Harga - Kami cuba memberikan harga yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan kami. Kami menyediakan kad kahwin semurah 40sen dengan kualiti kad 230gm. Kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran tambahan untuk artwork, envelope, peta 2 pihak dan penukaran warna kad.

Kualiti - Kami sentiasa menjaga kualiti kad dengan hanya memberikan kad 230gm utk kad-kad kahwin kami. Artwork kami akan diperiksa beberapa kali untuk mengelakkan sebarang kesilapan dimana pelanggan juga diminta memeriksa draft design kad kahwin.

Masa - Kami cuba menghasilkan artwork dan proses percetakan kad kahwin secepat yang mungkin mengikut kehendak pelanggan dan kami tidak mengenakan bayaran tambahan untuk mana-mana pelanggan yang mahu kad kahwin disiapkan awal/urgent. Pelanggan juga boleh menjimatkan masa dengan hanya membuat tempahan secara online tanpa perlu berjumpa dengan kami. Pelanggan boleh membuat pertanyaan secara online melalui YM atau email kepada kami.

Penghantaran - Kami akan membuat penghantaran kad kepada pelanggan secara percuma (klang valley area). Bagi diluar kawasan Lembah Klang, kami akan poskan kad kahwin anda (Bayaran pos mengikut berat. Tiada penambahan harga dari kami).

Syarikat Berdaftar - Walaupun kami menjalankan perniagaan secara online tetapi syarikat kami telah berdaftar dengan SSM dibawah nama PINO DESIGN Enterprise.

Razak gubah bunga untuk artis Hollywood
BUNGA lazimnya dikaitkan dengan kaum wanita, daripada menanam bunga di laman, menghias sanggul hingga kepada menggubah bunga untuk hiasan rumah bagaikan satu perkara wajib, tidak kira untuk yang bujang, berkahwin, muda mahupun sudah berumur.

Sifat bunga yang cantik, wangi dan mempunyai unsur tenaga, semangat dan penyeri menjadikan bunga begitu sinonim dengan keadaan yang serba indah dan mengindahkan.

Malah, kita juga digalakkan kita memberi bunga kepada orang yang sakit kerana ‘kekuatan’ yang ada pada bunga tersebut sedikit sebanyak berupaya memberi kesegaran kepada orang sakit.

Kini bunga bukan saja dikaitkan dengan wanita, malah ia juga semakin sinonim dengan kaum Adam terutama daripada aspek kreativiti penggubahan bunga.

Malah khidmat gubahan bunga kini menjadi satu perniagaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan buat mereka yang mengusahakannya secara serius.

Buktinya, jejaka kelahiran Batu Pahat, Johor, Razak Ahmad, 46, kini namanya meniti di bibir orang kenamaan, korporat, bakal pengantin dan perancang majlis, sebagai individu yang begitu kreatif dalam menghasilkan gubahan bunga yang indah dan mempersonakan.

Hasil kreativiti Razak tidak perlu dipertikaikan, tambahan pula pengalamannya selama 18 tahun di luar negara banyak membantu dari segi menghasilkan idea gubahan yang segar, moden dan kreatif.

“Pada awalnya saya melihat ibu yang merupakan tenaga pengajar di Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat), menggubah bunga dan mengajar masak kepada pelajarnya. Secara jujur, minat saya untuk menggubah bunga timbul dari situ,” jelasnya.

Serius

Sifat suka melihat negara orang dan peluang yang ditawarkan oleh seorang rakan di Brunei untuk menjaga kedai bunganya di sana merupakan titik tolak bagi Razak untuk lebih serius dalam bidang gubahan bunga.

Menganggapnya sebagai satu cabaran, Razak mengorak langkah merantau lebih jauh dengan menjadi prep boy di sebuah syarikat penggubah bunga, Flowers By Byron di Chicago, Amerika Syarikat.

“Walaupun di sana tugas saya hanya menerima arahan daripada penggubah bunga, saya menjadikan ia sebagai satu sumber ilmu yang tidak ternilai dalam memajukan karier yang telah saya pilih.

“Bagi saya, apa saja yang kita lakukan mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan keghairahan dan minat yang mendalam,” jelas jejaka ini lagi.

Setelah menimba pengalaman dan mendapat rangkaian perniagaan yang baik, Razak mencuba nasib di sebuah syarikat, Flowers By Arrangement juga di Chicago, sebagai penasihat perkahwinan.

Pada masa sama, beliau juga bekerja sambilan di beberapa syarikat lain seperti The Flower Firm, Kehoe Designs dan Virginia Wolf.

Setelah beberapa tahun di sana, Razak berhijrah ke Los Angeles apabila mendapat peluang berkhidmat dengan Kevin Lee di LA Premier, yang menjalankan perkhidmatan gubahan bunga untuk selebriti Hollywood dan movie premiers.

Di LA Premier, Razak bukan sahaja terdedah dengan trend gubahan terkini, malah berpeluang menggubah bunga untuk beberapa selebriti terkenal seperti Cameron Diaz, Brad Pitt, Jennifer Aniston, Keanu Reeves, Anthony Hopkins dan ramai lagi.

“Perjalanan saya tidak diteruskan di situ, kerana inginkan lebih pengalaman dan pendedahan. Saya berhijrah ke Korea Selatan dan menetap selama lapan bulan di sana.

“Walaupun banyak yang dapat dipelajari, saya tidak dapat menetap lama di Korea kerana masalah komunikasi, kebetulan pula ibu saya minta saya pulang ke Malaysia dan memulakan perniagaan di tanah air sendiri,” cerita beliau.

Pulang ke Malaysia pada tahun 2004, memberi beliau masa untuk mengkaji pasaran gubahan bunga di negara ini.

“Ketika meninjau pasaran bunga di Malaysia saya dapati tidak banyak pilihan bunga berkualiti untuk dijadikan gubahan dan dekorasi.

“Dengan jaringan perniagaan yang pernah ada, saya bawa masuk bunga-bunga segar dan tiruan dari China dan Korea,” katanya.

Dengan kesungguhan, wang dikumpul dan pengalaman 18 tahun di luar negara, telah meyakinkan pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk membiayai pembukaan kedai bunga dan perancang majlis yang diberi nama Flora, Etc…

Bertempat di Suite 2.07, The Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Razak memulakan tugasan pertamanya dengan menggubah bunga segar pada majlis perkahwinan Datuk Nazim Abdul Razak dengan personaliti TV popular, Datin Norjuma Habib Mohamad.

“Alhamdulillah, ramai yang terpegun melihat gubahan saya dan seterusnya saya mendapat promosi percuma dari mulut ke mulut.

“Selain mencipta gaya sendiri dan mewujudkan kelainan dalam setiap rekaan, saya berpuas hati kerana dapat menghasilkan sesuatu yang cantik dan hasilnya diiktiraf oleh orang yang menghargainya,” jelas Razak yang dianggap sebagai trendsetter dalam industri ini.

Bermula daripada perkahwinan VIP, Razak turut menjadi perancang majlis dan penggubah bunga untuk meraikan kerabat kerabat diraja, orang kenamaan dan untuk majlis keraian syarikat-syarikat korporat. Selain itu, beliau juga menghasilkan jambangan bunga untuk raja permaisuri, isteri-isteri menteri juga selebriti tanah air.

Kini, Razak juga berbangga melihat perubahan mentaliti rakyat Malaysia yang semakin ramai inginkan sentuhan penggubah bunga untuk majlis mereka.

Walaupun hasil gubahannya untuk majlis bermula daripada RM3,000 ke atas, namun ia berbaloi dengan apa yang dipersembahkan berdasarkan pengalaman yang ada.

“Apa juga yang kita buat mesti disertai dengan keinginan yang kuat, selain jujur, ikhlas, saling membantu dan merendah diri. Keseriusan dalam karier dan percaya diri sendiri, adalah faktor utama yang membantu kejayaan kita,” katanyanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Brisik Cafe seunik namanya
BRISIK Cafe. Namanya saja sudah mempunyai tarikan yang tersendiri dengan pengunjung membuat pelbagai tafsiran tentang makna yang tersirat di sebaliknya.

Ada yang mengandaikan ia berasal daripada perkataan berbisik. Bagaimanapun, telahan itu bukan saja tidak tepat malah maksudnya berlawanan sama sekali.

Pemiliknya, Nusmawati Yunus, menerangkan bahawa perkataan Brisik itu sebenarnya berasal daripada perkataan Indonesia yang membawa maksud ‘bising’.

Sejujurnya, wanita bertubuh kecil molek ini mengharapkan kafenya menjadi ‘bising’ seperti maksud yang tersirat di sebalik nama itu.

“Kafe ini baru tiga bulan dibuka. Lokasinya yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya, Selangor, mungkin belum dikenali kerana kebanyakan ruang pejabat di sini masih belum dipenuhi dengan penyewa,” jelas wanita kelahiran Perak ini.

Walaupun berkonsep kafe, Nusmawati tidak mengehadkan pilihan makanan, malah pengunjung boleh mendapatkan lebih daripada ratusan juadah yang boleh yang kebanyakannya masakan dari Sunda.

“Antara makanan yang disarankan untuk pengunjung ialah ayam kari hijau, tom yam Songkhla dan nasi Brisik. Konsep saya lebih kepada semi fine dine (hidangan separa rasmi),” jelasnya yang turut memiliki Kafe di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

Tambah menarik, pengunjung bukan sahaja berpeluang memilih pelbagai juadah, malah telinga mereka juga disegarkan dengan alunan muzikal instrumental berbeza dan merdu.

“Saya membeli koleksi cakera padat muzik dari setiap negara yang saya lawati, sebab itu kita jarang mendengar muzik seperti itu, hanya yang berkunjung ke Brisik, berpeluang menikmatinya,” ujar Nusmawati.

Beliau yang mendapat pembiayaan modal daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangunkan perniagaannya, menata hiasan dalaman kafe tersebut mengikut cita rasa sendiri.

Bagi yang pertama kali berkunjung ke Brisik Cafe pasti terpesona dengan hiasan dalaman yang selesa dan boleh dipenuhi oleh lebih 130 pengunjung pada satu masa.

Nusmawati juga menyediakan perkhidmatan majlis, tidak kiralah majlis makan malam tahunan syarikat, majlis hari lahir dan pernah juga majlis menyambut pengantin diadakan dalam suasana santai di Brisik Cafe.

“Sebenarnya kafe ini bukanlah sekadar mata pencarian, tetapi lebih kepada kepuasan saya untuk memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan yang datang.

“Justeru, kami juga mengadakan sambutan hari tertentu seperti Hari Ibu, Hari Bapa istimewa dan sebagainya khusus untuk pengunjung,” katanya.

Sentiasa memikirkan nilai tambah untuk kafenya, Nusmawati turut menyediakan hidangan organik bagi pelanggan yang mengamalkan pemakanan tersebut. Syaratnya, pelanggan organik mestilah menempah sekurang-kurangnya sehari sebelum datang ke kafe.

Brisik Cafe dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 12 malam. Bagi yang berminat untuk berkunjung bolehlah menelefon talian 016-6163666 atau ke M3-1, Palm Square, Jaya One, 72, Jalan Universiti, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor.

Sumber: Utusan Malaysia

My Haiz unjur jualan RM10 juta
My Haiz Sdn. Bhd. (My Haiz), pembuat dan pengedar biskut buatan tempatan, mengunjur untuk mencapai jualan sebanyak RM10 juta setahun selepas produk syarikat itu memasuki pasaran China, Filipina, Hong Kong dan Jepun selewat-lewatnya tahun depan.Pemilik dan Pengarah My Haiz, Fauziah Mohamed Yah berkata, syarikat yang sudah kukuh di pasaran tempatan itu turut meneroka pasaran ASEAN seperti di Indonesia, Thailand dan Singapura selain memasuki pasaran Asia Barat iaitu Emeriah Arab Bersatu, Maghribi dan Arab Saudi serta negara-negara Eropah.

Menurut beliau, walaupun permintaan terhadap biskut D’Haiz semakin meningkat namun ia sukar dipenuhi buat masa ini kerana kapasiti pengeluaran kilangnya sudah mencapai tahap maksimum.

”Kilang sedia ada hanya mampu mengeluarkan kira-kira 10,000 kotak biskut sebulan sahaja.

”Jadi untuk meningkatkan pengeluaran sedia ada, kami tiada pilihan lain kecuali mempunyai kilang yang lebih besar,” katanya dalam satu pertemuan di sini baru-baru ini.

Fauziah berkata, daripada pengeluaran yang dihasilkan, satu perempat kotak adalah untuk pasaran tempatan dan bakinya untuk dieksport.

Katanya, D’Haiz memasarkan enam jenis biskut untuk pasaran antarabangsa antaranya biskut suji, kacang, susu, emping jagung, cip coklat dan coklat badam serta lebih 10 biskut untuk pasaran tempatan terutama pada musim-musim perayaan.

Beliau berkata, biskut suji adalah biskut terlaris di Carrefour Paris dan Tesco London.

Di pasaran tempatan, biskut D’Haiz dijual di hampir semua pasar raya dan pasar raya besar manakala pasaran luar, jenama ini boleh didapati di pasar raya besar sahaja.

Mengulas mengenai kejayaannya meneroka pasaran antarabangsa, Fauziah berkata, beliau aktif mengikut misi pelaburan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Perbadanan Kemajuan Luar Malaysia, Majlis Amanah Rakyat serta Kementerian Perdagangan Dalam Negara Dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan itu banyak membantu produk D’Haiz berada di tahap sekarang melalui sesi padanan perniagaan ketika misi-misi pelaburan itu diadakan.

Tambahnya, sungguhpun pengeluaran D’Haiz masih lagi kecil namun syarikat tersebut masih mampu mencapai jualan lebih RM4 juta setahun.

Ditanya mengenai pembabitan awal dalam bidang perniagaan itu, usahawan wanita itu berkata, beliau sebelum ini membuat biskut untuk syarikat lain termasuk syarikat jualan langsung.

”Setiap tahun permintaan untuk biskut saya semakin bertambah dan menyedari betapa untungnya syarikat-syarikat yang memasarkan biskut menyebabkan saya mula terfikir untuk terlibat secara aktif dalam perniagaan itu.

”Semua wanita yang mempunyai bakat membuat biskut mampu menjadi usahawan asalkan tahu cara terbaik untuk memasarkan produk mereka,” ujar beliau.

Sumber: Utusan

PNS peruntuk RM300j lahir 1,000 francaisi
Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi melahirkan 1,000 peserta francais dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pengerusinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut melibatkan pembukaan perniagaan francais berskala kecil dengan modal awal serendah RM23,000, serta pengembangan perniagaan francais berskala dan bermodal besar keluaran tempatan.

“Dengan peruntukan sebesar itu, PNS mula menawarkan skim francais kecil seperti ‘Otai Burger’ kepada golongan belia dan beliawanis, yang minat untuk menjalankan perniagaan di kawasan kampung dengan pinjaman sehingga 90 peratus.

“PNS juga membangunkan perniagaan francais berskala besar seperti Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. dan Nineteen 0 One Sdn. Bhd. (1901) bagi mengukuhkan kedudukan di pasaran tempatan dan luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ismail berkata, sejak menggiatkan promosi industri francais di negara ini pada tahun 2004, PNS telah berjaya mewujudkan sejumlah 153 francaisi dan tujuh francaisor tempatan yang memulakan operasi sebagai pemilik skim.

Industri francais yang mula bertapak di negara ini sekitar tahun 1940-an terus berkembang dengan kemunculan banyak produk tempatan seperti Marrybrown (1981), EON (1986), Smart Reader (1989) dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (1994).

Ismail berkata, selain pinjaman kewangan, pihaknya turut menyediakan bantuan seperti khidmat nasihat dan pemantauan berterusan agar peserta skim francais mampu bertahan dan meningkatkan daya saing dari semasa ke semasa.

Tambahnya, PNS juga membantu banyak syarikat tempatan yang mempunyai produk menarik dan menepati kehendak pasaran untuk diketengahkan kepada masyarakat menerusi program francais.

Katanya, bagi menyemarakkan perniagaan francais, PNS merancang mengadakan usahasama dengan syarikat serta firma milik kerajaan bagi melahirkan lebih banyak perniagaan francais pada masa depan.

Mengenai penyertaan kecil dalam industri itu di kalangan usahawan tempatan, beliau berkata, ia berlaku kerana banyak faktor termasuk modal awal yang besar dan sikap pasif pemilik perniagaan dan usahawan terhadap skop perniagaan francais.

Oleh: AMRAN AHMAD

Sumber: Utusan

Mentah Resources
Mentah Resources adalah sebuah syarikat yang berasaskan pertanian. Aktiviti utama syarikat ini adalah membekalkan bahan mentah asas untuk bidang pertanian yang merangkumi industri perladangan, perikanan, penternakan dan lain-lain.

Berikut adalah senarai bahan mentah yang kami bekalkan mengikut industri:

Industri Cendawan

Dedak Padi gred D1, D2 dan D3

Kapur Pertanian ( Calcium Carbonate)

Habuk Kayu getah

Plastik Polybag 6X13.5X0.06

Plastic packaging

Set Penutup ( Neck, Cultivation cap, stopper)

Benih cendawan tiram kelabu

Span

Beg Cendawan

Pakej penghasilan rumah cendawan

Contract farming cendawan tiram kelabu.

Industri penternakan

Dedak lembu

Dedak itik – Cargill

Dedak Ikan sembilang/keli – Dindings

Dedak padi – ayam, itik

Industri perladangan/kebun/tanaman

Kapur pertanian – GML (Ground Magnesium Lime)

Baja Basal 2000

Baja TD – Cecair

Baja Kompos/organan

E.M

Baja Organik – Vegetable waste

Baja Kelawar

Sekam Padi

Sekam Bakar

Industri pembungkusan hasil tanaman/makanan

Guni pelbagai saiz- printed/without printed

Plastic packaging PP pelbagai saiz – termasuk printing

Plastik polybag pelbagai saiz dan warna ( black atau transparence)

Matlamat mentah Resources adalah untuk memberikan khidmat yang terbaik dari segi kualiti barangan dan harga yang sangat kompetitif, dan sebagai pengawal harga bahan mentah asas pertanian.  Untuk makluat lebih lanjut, bolehlah melayari blog kami di http://mentahresources.blogspot.com.

Untuk keterangan lanjut, silalah berhubung dengan En Rasul/En Din di alamat/telefon/e-mail berikut:

Mentah Resources

No 30, Jalan PS 1/5,

Taman Pinggiran Senawang

71450, Sg Gadut, Negeri Sembilan

Tel: 0196693718

Tel: 0122994562

Email: mentahresources(at)yahoo.com

Sumber & Kredit Foto: http://mentahresources.blogspot.com

Portal Usahawan MeCD
Portal Usahawan MeCD dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk kemudahan usahawan-usahawan. Pelbagai artikel, maklumat terkini serta panduan laman-laman web terdapat di sini untuk memberi inspirasi dan petunjuk kepada usahawan. Antaranya termasuk Panduan Keusahawanan, eServis, Forum, Kejayaan Usahawan, Galeri, borang untuk di muat turun dan pelbagai lagi.

Website: www.mecd.gov.my

Ternakan Kambing
Ruangan untuk usahawan dan penternak kambing berkongsi apa saja tentang ternakan kambing. Termasuk senarai penternak, pengusaha, kursus, pembekal dan sebagainya.

Perusahaan Cendawan
Ruangan untuk usahawan dan pengusaha cendawan berkongsi apa saja tentang cendawan. Termasuk senarai pengusaha, kursus, pembekal dan sebagainya.

Kredit Foto: bakriagro.blogspot.com

PNS lancarkan usahawan francais BBQ Chiken
PERBADANAN Nasional Bhd (PNS) menjalin kerjasama dengan Genesis BBQ (Asia Pacific) Pte Ltd, iaitu pengendali restoran makanan segera BBQ Chicken, bagi melahirkan lebih ramai usahawan francais di bawah Program Pembangunan Usahawan Bumiputera.

Menerusi kerjasama itu, PNS akan melahirkan francaisi Bumiputera bagi menguruskan cawangan baru restoran berkenaan yang akan dibuka di negara ini sepanjang tahun ini.

Pengarah Urusannya, Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, berkata pihaknya dan Genesis BBQ sudah memilih 18 bakal usahawan Bumiputera untuk menjadi kumpulan pertama yang akan menjalani latihan intensif, pembangunan sistem dan lawatan ke pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Chicken University of Genesis Co Ltd, Korea.

Menurutnya, kumpulan pertama itu adalah mereka yang pernah menyertai Program Francais Siswazah (PFS) dan Program Francais Wanita (PFW) selama enam bulan yang dianjurkan PNS.

“Kedua-dua program dijalankan sebagai persiapan untuk mereka menjalani latihan mengikut sistem yang ditetapkan francaisor Korea itu mulai 25 Februari hingga 2 Mac depan.

“Bagi kumpulan pertama ini, kami mula melakukan pemilihan pada Taklimat Program Usahawan BBQ Chicken pada 17 Disember lalu dan 18 yang terbaik ini dipilih daripada lebih 100 yang hadir hari itu,” katanya pada taklimat mengenai penghantaran kumpulan pertama kerjasama itu ke Korea di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Operasi PNS, Hassan Abdul Rahman, Pengerusi Genesis BBQ (Asia Pacific) Pte Ltd, Park Ki Chooi dan Ketua Pegawai Eksekutif Genesis BBQ (Malaysia) Sdn Bhd, Goh Swee Keong.